Posts

Showing posts from June, 2023

Rohana Jalil Meninggal Dunia

Image
Kuala Lumpur: Penyanyi Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam. Beliau meninggal dunia di sisi suami, anak-anak dan keluarga apabila doktor mengesahkan keadaannya kritikal, petang tadi. Berita kematiannya turut dikongsi oleh beberapa rakan rapatnya menerusi media sosial antaranya penyanyi Norshila Amin, Chef Yang Jamil dan ramai lagi. Jenazah kini masih berada di hospital dan difahamkan urusan mandi jenazah dan kafan akan dilakukan di HCTM pagi nanti. Sementara, solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor.

Mesin tak mampu lagi merawat Rohana Jalil

Image
Penyanyi   Rohana Jalil   yang menerima rawatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor akibat kebocoran usus sejak April lalu masih belum sembuh. Menurut laporan mStar, pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun berkata, Rohana atau Dara Abdul Jalil berada dalam keadaan lemah tetapi stabil. “Sekarang ini doktor tidak boleh buat apa-apa kerana keadaan Rohana terlalu lemah dan kalau nak buat prosedur rawatan seterusnya pun agak susah. “Rohana tak boleh makan atau minum dan hanya bergantung kepada antibiotik untuk sembuhkan usus yang bocor itu,”  katanya. Jepun berkata, penyanyi berusia 68 tahun itu tidak lagi berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan penggunaan  mesin perubatan juga sudah tidak mampu merawat.