Mesin tak mampu lagi merawat Rohana Jalil




Penyanyi Rohana Jalil yang menerima rawatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor akibat kebocoran usus sejak April lalu masih belum sembuh.

Menurut laporan mStar, pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun berkata, Rohana atau Dara Abdul Jalil berada dalam keadaan lemah tetapi stabil.

“Sekarang ini doktor tidak boleh buat apa-apa kerana keadaan Rohana terlalu lemah dan kalau nak buat prosedur rawatan seterusnya pun agak susah.
“Rohana tak boleh makan atau minum dan hanya bergantung kepada antibiotik untuk sembuhkan usus yang bocor itu,” katanya.

Jepun berkata, penyanyi berusia 68 tahun itu tidak lagi berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan penggunaan mesin perubatan juga sudah tidak mampu merawat.

Comments

Popular posts from this blog

Rohana Jalil Meninggal Dunia

Penunggang Lawan Arus Mengaku OKU

Identiti Zaki Yamani