Identiti Zaki Yamani


PETALING JAYA: Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan beliau kini tiada sebarang kaitan dengan Zaki Yamani,  individu tular yang membuat ciapan berhubung kesihatan Presiden PAS, Tan Abdul Hadi Awang.

Justeru, beliau menggesa satu portal menarik balik dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan “individu biadap” itu.

“Dakwaan mengenai perkaitan itu adalah sangat tidak wajar untuk dipolemikkan tanpa asas jelas.

“Meskipun beliau (Zaki Yamani) pernah berkhidmat selaku Setiausaha AMK Keadilan sewaktu saya memimpin pada 2017, itu tidak membawa sebarang perkaitan atau makna pada masa kini dalam mana-mana kapasiti rasmi,” katanya dalam kenyataan.

Shamsul berkata, beliau telah pun berhubung dengan keluarga presiden PAS itu lebih awal sebaik sahaja berita mengenai keadaan kesihatannya tersebar.

“Komunikasi terjalin baik di samping kami turut diberi perkembangan terkini tentang kesihatan Tan Sri.

“Kami mendoakan keafiatan Tan Sri dan berharap agar ruang berziarah dapat diadakan sesuai beliau kembali stabil kelak,” katanya.

Shamsul juga menggesa Ahmad Zaki Yamani supaya mengambil tanggungjawab di atas kenyataannya dibuat.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan ciapan lelaki itu dan mengarahkan Ahmad Zaki untuk membuat permohonan maaf dengan kadar segera.

Semalam, portal berkenaan melaporkan Zaki selaku pembantu kepada Shamsul melalui Twitter mendoakan agar nyawa Abdul Hadi diambil supaya “kerosakan” dibuat dapat dihentikan, selepas keadaan kesihatannya disebar di media sosial.

Hadi dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan pemantauan doktor.

Dalam pada itu, keadaan kesihatan Presiden Pas itu dilapor semakin stabil pada Ahad.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata,  Ahli Parlimen Marang itu sudah dipindahkan ke wad biasa berbanding Unit Rawatan Koronari (CCU) sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

Rohana Jalil Meninggal Dunia

Penunggang Lawan Arus Mengaku OKU