Posts

Penunggang Lawan Arus Mengaku OKU

Image
Penunggang motosikal yang melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang Ducati   Panigale mengaku   Orang Kurang Upaya (OKU)   dan menerima rawatan sebagai   pesakit mental . Menurut laporan Sinar Harian, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu Izleen Ismail berkata, anak guamnya, Mudzyadaha Mohammad telah menerima surat rujukan daripada doktor. Izleen berkata, anak guamnya yang berusia 42 tahun itu menerima surat tersebut sewaktu ditahan di sebuah hospital di Kajang selain turut mendapat ubat bagi rawatan psikiatri. “Semasa kejadian, anak guam tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya pelanggaran, jadi saya mohon agar mahkamah membenarkan dia menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah,”  katanya. Sebelum ini, Izleen berkata, tertuduh merupakan seorang OKU dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran pula berkata, dia tidak membantah dengan permohonan peguam tersebut.

Identiti Zaki Yamani

Image
PETALING JAYA: Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan beliau kini tiada sebarang kaitan dengan Zaki Yamani,  individu tular yang membuat ciapan berhubung kesihatan Presiden PAS, Tan Abdul Hadi Awang. Justeru, beliau menggesa satu portal menarik balik dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan “individu biadap” itu. “Dakwaan mengenai perkaitan itu adalah sangat tidak wajar untuk dipolemikkan tanpa asas jelas. “Meskipun beliau (Zaki Yamani) pernah berkhidmat selaku Setiausaha AMK Keadilan sewaktu saya memimpin pada 2017, itu tidak membawa sebarang perkaitan atau makna pada masa kini dalam mana-mana kapasiti rasmi,” katanya dalam kenyataan. Shamsul berkata, beliau telah pun berhubung dengan keluarga presiden PAS itu lebih awal sebaik sahaja berita mengenai keadaan kesihatannya tersebar. “Komunikasi terjalin baik di samping kami turut diberi perkembangan terkini tentang kesihatan Tan Sri. “Kami mendoakan keafiatan Tan Sri dan berharap agar ruang berziarah

Rohana Jalil Meninggal Dunia

Image
Kuala Lumpur: Penyanyi Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam. Beliau meninggal dunia di sisi suami, anak-anak dan keluarga apabila doktor mengesahkan keadaannya kritikal, petang tadi. Berita kematiannya turut dikongsi oleh beberapa rakan rapatnya menerusi media sosial antaranya penyanyi Norshila Amin, Chef Yang Jamil dan ramai lagi. Jenazah kini masih berada di hospital dan difahamkan urusan mandi jenazah dan kafan akan dilakukan di HCTM pagi nanti. Sementara, solat jenazah akan diadakan di Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya, Selangor.

Mesin tak mampu lagi merawat Rohana Jalil

Image
Penyanyi   Rohana Jalil   yang menerima rawatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor akibat kebocoran usus sejak April lalu masih belum sembuh. Menurut laporan mStar, pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun berkata, Rohana atau Dara Abdul Jalil berada dalam keadaan lemah tetapi stabil. “Sekarang ini doktor tidak boleh buat apa-apa kerana keadaan Rohana terlalu lemah dan kalau nak buat prosedur rawatan seterusnya pun agak susah. “Rohana tak boleh makan atau minum dan hanya bergantung kepada antibiotik untuk sembuhkan usus yang bocor itu,”  katanya. Jepun berkata, penyanyi berusia 68 tahun itu tidak lagi berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan penggunaan  mesin perubatan juga sudah tidak mampu merawat.